Teruk Dikecam, Penjelasan Syarifah Khasif Isu Yuran Mengaji Dalam Jet Mewah
Sebenarnya program ini di buat khusus untuk jutawan yang berkemampuan demi untuk mendekatkan diri mereka pada Al-Quran. Sama sahaja seperti pakej umrah bersama celebriti yang ada sekarang. Contoh Umrah bersama Ustaz tersohor dengan bayaran pakej sebanyak 10k, bukan harga ustaz tu 10k tapi harga pakej umrah tu yg 10k.
Jet Peribadi memang mahal, operating cost perhour pun dah mencecah usd 5k utk kos minyak, permit, insurance dan maintainance cost. Jadi mana2 jutawan yg menyewa jet kami yg ingin sgt berguru dgn sharifah kasif, kami beri dia pengajian quran percuma walau pun sekejap tapi ilmu quran yg di miliki oleh beliau lebih berharga dan tiada ternilai dan sebenarnya Quran kalamullah harus diangkat tinggi martabatnya di mana jua dan di mana sahaja.
Bayaran yg dikenakan semestinya ada keuntungan. Dan keuntungan itu ada pecahan bahagiannya. Ustazah kasif akan salurkan pada madrasah Quran yg akan beliau tubuhkan , pecahan yg kedua utk tahfiz dhaif yg memerlukan bantuan, tidak lupa pada anak2 yatim dan rumah orang -orang tua yg telah kami kenal pasti. Yg selebihnya ialah kos pengurusan syarikat dan penyelenggaraan pesawat.
Di samping mendedahkan ke mata dunia islam dan quran adalah sesuatu yg sgt tinggi. Sesuai dgn hadis nabi:
“Islam itu agama yang sangat tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya”
Itulah Falsafah daripada program yg dianjurkan..
Wassalam.
Capt Salman
Ceo Elite Jets Sdn Bhd
Post a Comment