Pernah ‘Dikondem' Melayu Takkan Berjaya Dalam Bidang Bakeri, Suri Rumah Buktikan Dia Boleh Berjaya Dengan Hanya Jual Kek Oren
Ramai diluar sana ingin mempunyai perniagaan sendiri dan berjaya, tetapi ramai tidak tahu bagaimana untuk bermula, malahan ada yang takut modal yang dikeluarkan lesap kerana risiko yang perlu ditanggung.
Untuk berjaya, kita perlulah melihat atau mengambil tips-tips dari orang yang sudah berjaya, walau ada seperti tips mereka berikan tidak masuk akal di pemikiran kita, percayalah mereka sudah lalui.
Tertarik admin dengan kisah seorang usahawan wanita berjaya ini, Puan Intan Nadzli atau nama sebenarnya Normiza Binti Ariffin, usia baru awal tiga puluhan beliau sudah mampu mengecapi hidup mewah dengan perniagaannya yang sendiri yang berasaskan kek oren.
Berjumpa dengan beliau, satu pertemuan yang hebat, di mana admin sendiri mendapat kata-kata nasihat yang amat berguna yang penuh motivasi, jadi tidak hairanlah dari seorang suri rumah biasa tiada pendapatan langsung melainkan pemberian bulanan nafkah suami, orang kampung yang tak pandai cakap Bahasa Inggeris ini boleh berjaya.
Menceritakan pengalamannya, beliau pada mulanya hanya ingin membantu suaminya menambah pendapatan dek tekanan keadaan ekonomi semasa, dari sedikit wang perbelanjaan, dia mengambil tempahan dengan membuat kek dan kuih tart nanas dari rumah untuk dijual kepada rakan-rakan.
Dengan untung yang diperolehi dia menggunakannya sebagai modal untuk menambah kuantiti tempahan, dari sehari ke sehari, ternyata makin ramai orang menempah kek dan kuih tart yang kata mereka amat sedap.
Daripada situ beliau mendapat semangat untuk terus maju ke depan dengan menyewa kedai sebuah kedai kecil milik Permodalan Luar Bandar (PLB) di Sepang, dari situ beliau mengembangkan perniagaannya.
Dalam tiga tahun menceburi bidang ini beliau telah mengeluarkan RM800 ribu untuk mencapai tahap ini tanpa sebarang pinjaman.
Cabaran Dalam Kerjaya.
Ada suara-suara keluar dari bangsa sendiri yang mengatakan Melayu tidak akan boleh berjaya dalam bidang bakeri kerana pasaran dipegang oleh kaum lain, tidak kurang yang mengherdik mengatakan perempuan lebih baik duduk di rumah sahaja.
Namun kata-kata itu tidak dipedulikan beliau, sebaliknya menjadikan kata-kata itu sebagai cabaran kepadanya yang dibantu suaminya untuk berjaya dan kini sudah dibuktikan dengan beliau telah berpingah ke kedai yang lebih besar siap dengan kilang dengan mesin yang canggih dan pendapatan yang mencecah ratusan ribu ringgit sebulan.
Kini kek oren yang diusahakannya yang merupakan produk utama mendapat permintaan yang tinggi dari stokis-stokis yang dikatakan tidak menang tangan.
Tips Bagaimana Beliau Berjaya.
Apabila ditanya ternyata beliau tidak lokek ilmu, tetapi berpesan setiap orang mempunyai cara masing-masing, tips yang diberikan bukan untuk membangga diri dengan kejayaan, sebaliknya mahu kisahnya menjadi pemangkin kepada bangsanya sendiri untuk berjaya.
Tips yang beliau kongsikan ialah.
1. Sebelum masuk bekerja, dekatkan diri dengan Allah.
Walaupun menganggap perlu bekerja awal pagi kerana masa, namun tidak baginya, menjadi kebiasaan hariannya untuk pergi mengaji agama mengenal Allah terlebih dahulu sebelum ke kilang atau kedai. Ambil keberkatan dari
2. Rezeki yang dapat dikongsikan dengan orang susah.
Beliau memegang konsep banyakkan sedekah kepada orang yang memerlukan, ada orang yang ingin berniaga datang kepadanya, tetapi tiada modal, beliau berikan dahulu, bila berniaga habis, baru pulangkan modal. Tetapi ada yang mengambil kesempatan dengan senyap tanpa berita, tetapi beliau menganggap itu sebagai ujian dalam berniaga dan sedekah.
Selain itu beliau turut mengambil anak angkat kerana baginya rezeki membantu orang, Allah akan bagi di mana anaknya kini seramai sembilan orang termasuk lima orang anak tiri, seorang anak angkat dan tiga orang anaknya bersama suami.
3. Jangan kedekut ilmu
Tidak lokek berkongsi ilmu bagaimana nak berjaya dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang datang 'korek' rahsia daripadanya.
4. Terus pandang ke depan.
Walau apa orang kata, walaupun ada untung rugi, terus pandang ke depan, jangan 'give up', menuntut ilmu dengan lebih pakar, beliau menuntut dengan Dr Azizan Osman di mana kini merupakan salah seorang ahli platinum Dr Azizan.
5. Hasilkan apa yang nak dijual seperti hendak makan sendiri.
Segala produk yang dihasilkannya menggunakan sukatan yang tidak 'kedekut' barang seolah-olah hendak sedap seperti masak untuk makan sendiri, selain itu untuk tart nanas yang diberi nama King Tart dia memasak jem menggunakan dapur kayu untuk aroma dan rasanya lebih enak.
Dari seorang diri dengan dibantu suami, kini beliau telah mempunyai 8 orang pekerja yang terlatih untuk menghasilkan adunan kek dan mengendalikan mesin.
Beliau dalam pada itu menyatakan keinginannya membantu mereka yang tiada pendapatan terutamanya suri rumah kerana beliau merupakan suri rumah sepenuh masa sebelum ini dengan menjadi pengedar kek oren keluarannya syarikatnya iaitu boleh hubungi syarikatnya Food Stamps Sdn Bhd.
Semoga perniagaan Puan dan suami berkembang lebih maju dan berjaya membantu orang lain berniaga. - Siakapkeli.my

Post a Comment