Header Ads

Bertahun kawan bukan bermakna jodoh..

Setiap hubungan yang terjalin tidak bermakna pasangan itu jodoh anda. Ada juga pasangan yang sudah berkahwin tetapi bercerai kerana itu bukanlah jodoh mereka.
Antara dugaan yang akan dilalui oleh setiap pasangan adalah semasa bertunang, ‘darah manis’ orang tua-tua dahulu selalu berpesan orang bertunang ‘darah manis’. Mengikat tali pertunangan ini membuatkan pasangan dapat mengenal hati budi pasangan.
Seorang lelaki telah berkongsi menghadapi dugaan putus pertunangan di tengah jalan. Akibat perkara itu dia masih tidak dapat melupakan bekas tunangnya itu, ada sahaja wanita lain yang cuba mendekati tetapi hati masih lagi sayang pada bekas tunang.
Lelaki ini berumur 24 tahun yang berasal dari Johor mendedahkan jika mengikut tarikh, sepatutnya mereka akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini. Tetapi, hubungan yang terjalin tidak berpanjangan mereka telah putuskan tali pertunangan.
Lelaki ini mengakui pergaduhan yang berlaku kerana disebabkan salah faham disebabkan dirinya sendiri. Walaupun sudah menggunakan pelbagai cara untuk putus dan memulihkan semula keadaan tunangnya masih lagi mahu memutuskan tali pertunangan.
“Saya dah bertunang dan bakal berkahwin pada hujung tahun ni mengikut perkiraan. Tapi sejak kebelakangan ni hubungan kami agak hambar dan dingin. Kami ada bergaduh sikit salah faham yang terangnya salah saya sendiri. Saya mengaku silap saya, kemudian si dia terus minta untuk putuskan pertunangan.
Pada awalnya saya taknak, sebab saya masih sayang lagi hubungan kami dan nak capai cita-cita kami. Saya ingat susah senang kami selama ni, saya kuat lagi untuk bersama. Saya fikir kebaikan keluarga dia kepada saya dan keluarga saya. Memang baik layanan diorang, saya suka dan selesa. Saya ingat betapa susahnya nak dapatkan dia dulu. Tapi sidia tetap dengan keputusannya,” tulisnya.
Disebabkan masih berkeras mahu memutuskan tali pertunangan, lelaki ini akui reda dan akur dengan permintaan bekas tunang untuk putuskan tunang. Sudah hampir lima bulan pertunangan telah diputuskan dan sudah tidak lagi menghubungi bekas tunang, lelaki ini masih tidak dapat melupakan bekas tunang.
Hampir setiap hari lelaki ini akan mengikuti perkembangan bekas tunangnya di akaun media sosial. Bukan tidak ada wanita yang cuba mendekati tetapi rasa cinta dan sayang itu masih lagi pada bekas tunang.
“Tapi saya keliru, hati saya masih tak boleh terima sesiapa dalam hidup saya buat masa sekarang. Saya memang tak boleh terima. Saya taknak gunakan seseorang untuk lupakan seseorang. Sampaikan saya rasa mcm give up untuk mulakan semula segalanya. Macam saya betul-betul takda hati kat sesiapa dah buat masa sekarang ni. Diorang selalu ajak jumpa tapi saya tolak elok-elok. Tiap kali diorang chat saya, saya macam takda hati nak layan. Apa yang perlu saya buat ya?,” tulisnya.
Jika sudah tertulis jodoh tidak berpanjangan teruskan sahaja hidup dan tidak perlu menunggu. Mungkin jodoh sudah tertulis jodoh dengan wanita lain yang lebih baik. MissA/UtaraNews.com

No comments

Powered by Blogger.