Kenali Tahap Kesihatan Anda Melalui Kedudukan Jerawat
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Bila bercerita tentang kedudukan jerawat, saya cuma ada satu pendapat iaitu, orang yang mempunyai muka yang licin pasti akan mempunyai masalah jerawat yang teruk di bahagian belakang, dan begitulah sebaliknya bagi orang yang ada jerawat di muka, tidak akan mempunyai masalah jerawat di bahagian belakang. Chopp.. Jangan terus percaya bulat-bulat. Ini adalah andaian saya semata-mata berdasarkan dari pemerhatian saya kerana rata-rata kawan saya ramai yang menghadapi keadaan begini.
Kedudukan Jerawat Di Bahagian Atas Dahi
Bahagian badan yang terlibat: Sistem pencernaan dan pundi kencing
Apa yang perlu dilakukan?
- Minum air membantu untuk mengeluarkan toksin daripada dalam badan anda. Jadi tingkatkan pengambilan air anda dan pantau makanan yang anda makan.
- Kurangkan pengambilan minuman bergas dan minuman berkafein tinggi. Sebaliknya beralihlah kepada teh herba, teh hijau.
- Kurangkan makan coklat, kek, air limau dan Coke. Banyakkan minum air mineral, sudah tentu minuman tanpa gas! Makan makanan yang membantu menyingkirkan toksin dari badan: kubis rebus, dan epal.
- Masuk tidur awal (10 malam) dan bangun awal pagi (4-5 pagi), walaupun anda tidak dapat tidur. Adalah baik untuk anda berehat supaya hati anda dapat berehat dan bersedia untuk bekerja pada hari berikutnya
- Amalkan 20-30 minit senaman ringan setiap hari, terutamanya di luar rumah.
- Amalkan teknik relaksasi untuk mengurangkan rasa stress.
- Pastikan sentiasa bersih (rambut, topi)
- Teh hijau, lemon dan buah beri juga boleh membantu kerana ianya adalah makanan yang kaya dengan antioksida. Digalakkan juga mengambil suplemen. Cadangan Vitamin yang tinggi antioksidan adalah Carotomax, Vitamin C, Vitamin E dan Vivix.
Kedudukan Jerawat Di Bahagian Bawah Dahi
Bahagian badan yang terlibat: Jantung
Jantung adalah organ besar yang mengepam darah ke seluruh badan anda. Jika ia tertekan disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang, tidak aktif dan pelbagai tekanan mental dan fizikal, bukan sahaja anda berkemungkinan untuk mendapat jerawat di dahi anda, seluruh badan anda juga akan turut terjejas teruk jika anda tidak rawat masalah ini. Mempunyai jantung yang sihat bermakna anda dikehendaki untuk melakukan latihan-latihan untuk menguatkan jantung, dan juga makan makanan yang sihat, dan kurangkan tekanan.
Apa yang perlu dilakukan:
- Lakukan senaman
- Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari
- Makan makanan sihat, sebaik-baiknya makanan berkolesterol rendah dan diet serat tinggi
- Berhenti merokok
- Vitamin yang dicadangkan untuk jantung yang sihat, CoQHealth dan Vitamin E
Kedudukan Jerawat Di Telinga
Bahagian badan yang terlibat: Buah Pinggang
Apabila buah pinggang tidak dijaga, anda akan mendapati ini menjadi masalah utama, jerawat yang menyakitkan pada telinga anda yang tidak dapat dihilangkan tidak kira apa. Sudah tentu ianya sangat menjengkelkan bukan?
Apa yang perlu dilakukan:
- Tingkatkan pengambilan air
- Elakkan makan terlalu banyak makanan yang masin dan jauhkan kafein
- Bersihkan buah pinggang anda dengan diuretik seperti pasli dan air
Kedudukan Jerawat Di Mata, kawasan keliling mata dan antara kening
Bahagian badan yang terlibat: Hati
Kulit berminyak, kemerahan, merekah dan jerawat antara kening menunjukkan bahawa hati anda mungkin telah kerja lebih dari sepatutnya dan memerlukan pembersihan.
Apa yang perlu dilakukan:
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C (kiwi, lada manis, oren) akan membantu dalam menyediakan anda dengan mood yang baik.
- Cuba untuk elakkan makan larut malam; terutama sekali sebelum tidur kerana pada masa ini badan anda tidak akan memecahkan makanan dengan berkesan, membawa kepada terbinanya toksin.
- Kurangkan makanan berlemak, manis, berminyak, alkohol dan produk tenusu terutamanya jika anda tidak lactose-tolerant.
- Antara makanan yang terbaik untuk membersihkan hati anda termasuk bawang putih, buah-buahan anggur, teh hijau, lobak, sayur-sayuran berdaun hijau, lemon dan limau.
Kedudukan Jerawat Di Bahagian Atas Pipi
Bahagian badan yang terlibat: Paru-paru dan Sistem Pernafasan
Tekanan ke atas paru-paru berkemungkinan menyebabkan jerawat di bahagian atas pipi dan juga memecahkan kapilari darah anda. Tekanan ini adalah termasuk merokok, asma, alahan, dan jangkitan paru-paru.
Apa yang perlu dilakukan:
- Elakkan merokok dan merokok pasif. Baca entry ini untuk cara berhenti merokok dalam 30 hari.
- Senaman
- Elakkan kawasan tercemar
Kedudukan Jerawat Di Bahagian Bawah Pipi
Bahagian badan yang terlibat: Gusi atau Masalah Gigi
Gusi atau masalah gigi boleh menyumbang kepada jerawat di bahagian bawah pipi.
Apa yang perlu dilakukan:
Kebersihan diri:
- Tukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya sekali seminggu, dan lap telefon anda dengan tisu antibakteria setiap beberapa hari.
- Sentiasa pastikan kesihatan gigi anda berada dalam keadaan terbaik. Memberus, flos dan kumur dua kali sehari dan pastikan anda ikuti temujanji dengan doktor gigi anda sekurang-kurangnya dua kali setahun! Jangan hanya tunggu sehingga anda mempunyai masalah gigi baru kelam kabut membuat temujanji.
Makanan:
- Makanan yang baik untuk paru-paru yang sihat termasuk, pucuk dan labu.
- Masukkan sayur-sayuran segar, oat dan beras perang dalam diet anda.
- Makan lebih makanan sejuj seperti labu, tembikai musim sejuk, dan kacang hijau
- Jangan makan terlalu banyak
- Elakkan makanan segera dan makanan ringan, gula tiruan dan soda
- Elakkan mangga, akar keladi, dan makanan laut atau makanan lain yang anda mungkin sensitif
- Kurangkan gula
Kedudukan Jerawat Di Bahagian Tepi Dagu
Bahagian badan yang terlibat: Hormon dan Kemaluan
Masalah ini melibatkan kaum perempuan. Apabila dagu seringkali ada jerawat, itu tandanya ada ketidakseimbangan hormon, biasanya disebabkan oleh haid. Kadang-kadang, tekanan emosi atau fizikal juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Terdapat juga herba yang boleh membantu menyeimbangkan hormon seperti licorice, schisandra, holy basil, maca, burdock, red raspberry leaves, rhodiola and milk thisle. Teh hijau juga merupakan anti-androgen yang terbaik.
Apa yang perlu dilakukan:
- Kurangkan tabiat makan sebelum tidur
- Makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran
- Dapatkan rehat dan tidur yang lebih
- Amalkan 20 minit senaman setiap hari dan urut badan anda untuk berehat
- Tidur awal dan bangun awal
- Cuba herba yang boleh membantu hormon
Kedudukan Jerawat Di Bahagian Tengah Dagu
Bahagian badan yang terlibat: Usus kecil dan perut
Ini juga disebabkan oleh diet yang teruk dan alahan makanan. Pastikan anda buang makanan yang tidak baik daripada diet anda.
Apa yang perlu dilakukan:
- Makan lebih banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran
- Dapatkan rehat yang lebih
- Tingkatkan pengambilan air dan serat dalam diet anda
Kedudukan Jerawat Di Dada dan Leher
Kawasan dada biasanya disebabkan oleh tekanan, jadi pastikan anda tahu apa yang menyebabkan anda tertekan dan cuba untuk hilangkan tekanan itu. Adalah penting juga untuk anda selesa bila berpakaian. Apabila kawasan sekitar leher berjerawar, ia biasanya disebabkan oleh badan anda sedang cuba untuk melawan jangkitan.
Apa yang perlu dilakukan:
- Cuba untuk hapuskan tekanan
- Gunakan pakaian yang selesa
- Tingkatkan pengambilan air dan mengekalkan pengambilan Vitamin C untuk melawan jangkitan.
Post a Comment