Remaja Hamil 10 Minggu Dirogol Bapa Saudara
Papar – Seorang petani berusia 57 tahun diberkas polis kerana didakwa merogol seorang gadis remaja bawah umur di Kampung Kadaiuan di sini pada Khamis lalu.
Suspek lelaki tempatan itu dipercayai merogol anak saudaranya berusia 15 tahun sejak tahun 2014 dan perbuatan keji itu terbongkar pada Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Nor Azizulkifli Mansor berkata, suspek ditahan di kediamannya pada pukul 5.50 petang selepas mangsa membuat laporan kira-kira pukul 3 petang pada hari yang sama.
“Perbuatan keji itu terbongkar apabila mangsa disahkan hamil 10 minggu dan mendedahkan kepada ahli keluarga lain bahawa dia dirogol bapa saudara berkenaan sejak tiga tahun lalu.
“Difahamkan, mereka tinggal sebumbung kerana suspek diberi tanggungjawab menjaga mangsa sejak usia tiga tahun selepas ibu bapa mangsa bercerai,” jelasnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun maksimum 30 tahun dan 10 kali sebatan.
Post a Comment