Header Ads

Video Pasangan Terlampau Lakukan Maksiat Depan Mesin ATM Tersebar.


Mexico – Kalau sudah hilang maruah diri, inilah yang berlaku. Sepasang kekasih dengan selamba melakukan seks di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank, menyebabkan orang ramai yang mahu mengeluarkan wang terpaksa menunggu di luar bilik ATM itu.

Kejadian itu berlaku di sebuah bank di Oaxaca, Mexico.

Memandangkan bank terbabit terletak bersebelahan dengan jabatan pendidikan, ia mencetuskan spekulasi bahawa pasangan berkenaan adalah guru.

Rakaman video pasangan itu telah dirakamkan dan kini menjadi tular di media sosial.

Tahun lepas, pasangan kekasih dirakamkan melakukan seks di stesyen keretapi di Barcelona dengan pasangan berkenaan tanpa malu membuka seluar dan duduk di atas kerusi yang dikhaskan untuk penumpang.

Sementara semalam, dua anggota polis di Argentina berdepan pemecatan selepas video mereka melakukan seks di dalam kereta polis telah tersebar.

Ketika itu mereka tidak mempedulikan panggilan kecemasan mengenai laporan rompakan.

No comments

Powered by Blogger.