Suatu Hari Nanti Haruman Ibumu Akan Pergi Buat Selamanya
Video ini aku rakam tanpa pengetahuan ibu dan kamera juga disembunyikan.
Video ini aku harap dapat korang aplikasikan. Kepada yang masih punya ibu. hargailah mereka dan jagalah mereka.
Saya kehilangan ayah ketika berusia 1o tahun dan membesar dengan seorang ibu yang dalam kesusahan. ALhamdulillah, saya masih bersyukur kerana masih punya ibu.
Aku burn tiket flight ke Penang dan terus pegi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk membeli tiket bas pada malam itu jugak sewaktu tamatnya kursus IMKK dan sampai pada waktu subuh.
Ibu tengok aku ada dalam bilik, ibu terkejut, lalu aku panggil ibu, ‘Abang cik nak cakap satu benda ni”.
Maka berlakulah situasi ini tanpa dia sedar kamera tersembunyi. Terima kasih ibu, terima kasih kerana menjaga aku dari kecil sehingga besar.
Video ini saya buat untuk anak-anak di luar sana agar yang mana ada berkecil hati dengan ibu anda, balikah mintak maaf dengan mereka. Bila mana mereka sudah tiada, maka hilanglah satu keberkata doa.
Sayangilah ibu anda selagi mereka masih ada. Peluklah, ciumlah ibumu, kerana pasti suatu hari nanti haruman ibumu akan pergi buat selama-lamanya.
Aku seorang anak kampung yang kini berada di rumah pusaka bonda. Jangan bersedih ibu. Doakan saya berjaya seperti kalian semua.
doakan saya dimurahkan rezeki dan diberikan rezeki yang berpanjangan, Insha Allah.
Ibu, tiada rezeki harta wang ringgit, cukuplah rezeki aku punyai ibu. Doakan saya ya sahabat di luar sana!.
Semoga video ini sedikit sebanyak membuka pintu hati kita semua. Saya tak baik dan tak sempurna tapi saya cuba untuk sempurna di mata ibu saya.
Post a Comment